Cerita Kanak-Kanak...

        
Si Tikus dan Makanan yang Sihat.

        Pada suatu hari, Si Tikus berjalan pulang dari rumah kawan karibnya. Ketika sedang berjalan seorang diri, Si Tikus menikmati pemandangan yang indah di sekelilingnya. Di sepanjang jalan itu, Si Tikus melihat kanan dan kirinya ada pokok yang rendang,sederhana dan tinggi. Sambil berjalan, Si Tikus menyanyi dengan gembiranya.
        Kemudian, tikus terserempak seekor anak ayam yang sedang makan nasi.” Patutlah ayam sihat sahaja.Rupa-rupanya, dia makan nasi’”fikir Si Tikus. Si Tikus pun berjalan lagi. Sampai di pinggir hutan dia ternampak seekor zirafah sedang makan dedaun di pohon yang tinggi. Si Tikus kagum.”Hmm…agaknya zirafah tinggi sebab makan sayur-sayuran hijau.”kata Si Tikus.
       Si Tikus meneruskan perjalanan pulang keyrumah. Tanpa diduga, Si Tikus terserempak seekor singa yang sedang makan daging buruannya.Si tikus pun berlari sekuat hati sehinggalah sampai ke rumahnya dengan selamat.”Nasib baik singa itu tidak nampak saya.Agaknya singa pantas berlari kerana makan daging.”fikir Si Tikus.
       Tiba waktu makan malam, ibunya menyedikan makan malam. Ibunya menyediakan nasi,sayur,ikan atau daging.Selalunya tikus akan makan ikan sahaja tetapi malam ini dia makan nasi, sayur, daging dan ikan untuk menjadi sihat.Mama tikus berasa gembira dengan perubahan sikap Si Tikus yang mula makan makanan seimbang.