Monday, 12 December 2011

Tanda Baca :)

Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang. Beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis.

1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan

2. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.

3. Tanda baca utama ialah :

Tanda Noktah atau titik   ( . )
Tanda koma                 ( , )
Tanda tanya atau soal   ( ? )
Tanda seruan                ( ! )
Tanda sempang atau sengkang  ( - )
Tanda noktah bertindih             ( : )
Tanda pengikat kata atau petik  ( “        “ )

kata nama am

Thursday, 8 December 2011

peribahasa :)

kata ganda

Bahasa Jiwa Bangsa


KATA BANTU

Kata Bantu

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan. 

Contoh :
Akan  Belum  Masih
Telah  Sudah Harus 
Boleh  Dapat  Hendak 
Mesti 

1. Bas yang bertolak dari perak telah sampai. 
2. Awak patut mengemas bilik darjah ini dengan segera. 
3. Adik belum pulang dari sekolah. 
4. Hazmi dapat tugas baru dari majikannya. 
5. Encik Yusof hendak pergi bercuti ke Sabah

Friday, 21 October 2011

Wang bukan segala-galanya

    Wana ialah anak tunggal yang sombong tetapi ibu bapanya suka melakukan kerja-kerja amal. Dia fikir, semua perkara di dalam dunia boleh dibeli dengan wang. Suatu hari wana lihat rakan kelasnya, Lily tergesa-gesa mahu pulang ke rumah selepas kelas tamat. Wana pun bertanya, ''kenapa awak nak balik cepat?'' ''Hari ini mama perlukan pertolongan saya untuk membungkus kerepek yang ditempah jiran kami.'' terang Lily. Wana hanya mencebik sambil berkata,''Marilah bermain dengan saya.Saya bayar awak RM10.''duga wana. Lily hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.''Maaf Wana. Saya pulang dulu ya.'' Keesokannya, ketika wana mahu ke kantin, dia mendapati dompetnya tiada di dalam kocek baju sekolah. Rupa-rupanya jahitan koceknya retas.Wana hampir menangis. Tiba-tiba Lily datang sambil menyerahkan dompet milik wana yang mempunyai gambar Barbie. Semua rakan di kelas tahu itu dompet Wana kerana dia sering menunjuk-nunjuk dompetnya.''Terima kasih. Ambillah ini sebagai tanda terima kasih.'' ''Tidak perlu. Saya ikhlas membantu.'' Wana tersenyum                      
malu. Akhirnya dia memahami bahawa keikhlasan, kejujuran dan tanggungjawab menjadi teras hidup manusia dan bukannya wang.

Monday, 17 October 2011

Kata Nama Am & Kata Nama Khas

A. Kata Nama Am
      
  • kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menamakan orang, benda, binatang, tempat, dan lain-lain secara umum .
  • Huruf awal kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali jika diletakkan pada pangkal ayat . 
   Contoh:-
  orang 


        


             
                Ayah                                                                        Doktor



binatang







beruang kutub                                        obor-obor    



benda

               

bekas alat pensil                                                Jam tangan


Tempat





                laut                                          taman bunga



Ayat contoh :-
  1. Saya suka bersiar-siar di tepi pantai .
  2. Cik Syahirah membeli sebuah kereta baru .


B. Kata Nama Khas 

  • kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk sesuatu nama yang khusus bagi orang, binatang, benda, tempat, dan lain-lain .
  • Huruf awal kata nama khas hendaklah ditulis dengan huruf besar .
contoh:-
     
   orang 
  • Haji Said Azlan
  • Cik Lily
    binatang
  • Sang Kodok 
  • Si Citcit
  
       benda
  • Milo
  • Lux
        tempat
  • Muzium Negara
  • Bangunan Parlimen
Ayat contoh:-

  1. Pelancong itu membeli lima gulung filem Kodak dari sebuah kedai gambar.
  2. Pada hari minggu, banyak orang datang berkelah di pantai Port Dickson.