Wana ialah anak tunggal yang sombong tetapi ibu bapanya suka melakukan kerja-kerja amal. Dia fikir, semua perkara di dalam dunia boleh dibeli dengan wang. Suatu hari wana lihat rakan kelasnya, Lily tergesa-gesa mahu pulang ke rumah selepas kelas tamat. Wana pun bertanya, ''kenapa awak nak balik cepat?'' ''Hari ini mama perlukan pertolongan saya untuk membungkus kerepek yang ditempah jiran kami.'' terang Lily. Wana hanya mencebik sambil berkata,''Marilah bermain dengan saya.Saya bayar awak RM10.''duga wana. Lily hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.''Maaf Wana. Saya pulang dulu ya.'' Keesokannya, ketika wana mahu ke kantin, dia mendapati dompetnya tiada di dalam kocek baju sekolah. Rupa-rupanya jahitan koceknya retas.Wana hampir menangis. Tiba-tiba Lily datang sambil menyerahkan dompet milik wana yang mempunyai gambar Barbie. Semua rakan di kelas tahu itu dompet Wana kerana dia sering menunjuk-nunjuk dompetnya.''Terima kasih. Ambillah ini sebagai tanda terima kasih.'' ''Tidak perlu. Saya ikhlas membantu.'' Wana tersenyum
malu. Akhirnya dia memahami bahawa keikhlasan, kejujuran dan tanggungjawab menjadi teras hidup manusia dan bukannya wang.
No comments:
Post a Comment